Mencari cara untuk tingkatkan jualan setiap bulan?
Nikmati peningkatan jualan setinggi 114% dengan menggunakan teknologi optimisasi jualan di Grankma.
Ada laman web, tapi tak mendatangkan prospek untuk perniagaan anda?
Pernahkah anda tertanya-tanya, berapa bilangan prospek yang datang daripada laman web anda? Ada cara ke nak kira? Atau lebih malang lagi jika anda langsung tidak mempunyai laman web. Ratusan malah mungkin ribuan prospek sudah pun anda lepaskan sejak anda memulakan perniagaan tanpa laman web!
Selain daripada membantu anda mendapatkan lebih banyak prospek baru, dalam masa yang sama juga kami membantu anda menyimpan rekod setiap satu pelawat dan prospek anda.
Anda akan mendapat akses kepada data yang akan menjelaskan nadi perniagaan anda. Daripada peratusan bilangan pelawat yang menjadi prospek, bilangan pelanggan yang kembali membeli buat kali kedua, sehinggalah jantina dan umur pelawat yang berpotensi menjadi prospek atau pelanggan anda. Tidak ada lagi tanda tanya, semua akan jelas di depan mata anda.


Pernah buat promosi, tapi pulangan selalu tak berbaloi untuk teruskan?
Semua orang yang anda kenal akan menyarankan anda membuat promosi untuk lariskan jualan. Memang betul, tidak kami nafikan itu satu cadangan yang bernas. Tapi pernahkah anda tahu secara terperinci berapa hasil yang diperolehi daripada setiap satu promosi tersebut?
Sebagai contoh, anda mencetak dan menyebarkan flyers di sekitar kawasan bandar anda, dalam masa yang sama anda menyewa papan iklan billboard dan mengupah 3 selebriti Instagram untuk buat review produk. Memang pening kepala nak kira kempen yang mana satu mendatangkan ROI yang tinggi! Duit dah habis beribu, tapi anda sendiri tidak tahu kempen yang mana lebih berkesan untuk diteruskan.
Pendekatan kami berbentuk saintifik, setiap promosi akan dipasang tracker yang membolehkan anda menjejak dan mengira ROI bagi setiap satu promosi dan iklan anda. Ya, kami boleh mengira jumlah pelanggan yang datang daripada flyers dan juga billboard! Jadi anda tidak perlu lagi membazirkan duit pada kempen promosi yang tidak mendatangkan hasil. Proses optimisasi pula akan dijalankan pada kempen yang berjaya.
Dah cuba gajikan pekerja buat marketing, tapi hasil tak memuaskan?
Industri digital marketing ini terlalu muda di Malaysia. Jujur kami katakan, masih belum banyak silibus di peringkat pengajian tinggi yang mengajar ilmu digital marketing yang berkesan. Jadi tidak hairan jika lebih ramai graduan yang hanya tahu asas secara ringkas sahaja tentang bidang ini.
Yang sudah berpengalaman lama pula terlalu sedikit. Mereka yang berpengalaman lebih 10 tahun, menceburi bidang ini di zaman media sosial itu satu perkara yang kaki internet sahaja lakukan. Zaman perniagaan dalam internet itu satu perkara yang sangat pelik. Anda sendiri boleh bayangkan betapa sedikitnya jumlah profesional berpengalaman dalam industri ini di Malaysia.
Walaupun Grankma ini sebuah perniagaan yang muda, ianya ditubuhkan oleh sekumpulan profesional yang berpengalaman dalam internet marketing sejak di bangku sekolah sekitar tahun 2007 lagi. Kini, di saat industri ini dipenuhi dengan servis berimej kemeriahan dan warna-warni yang sebenarnya tidak mendatangkan jualan, kami masih berpaksikan jalan yang lebih teknikal, logikal dan berkesan.


Sering tak ingat nak follow-up prospek dan pelanggan yang sedia ada?
Kami tahu anda sibuk, dan kami juga tahu anda tidak ada masa untuk pastikan anda follow-up setiap prospek anda. Rahsia kepada jualan yang banyak adalah terletak pada jumlah bilangan follow-up sesebuah perniagaan.
Mengikut purata, jualan yang terbanyak akan berlaku pada mesej follow-up yang ke-5. Biar betul, siapa yang ada masa nak kira berapa kali dah follow-up? Dan siapa yang rajin nak follow-up lebih daripada 2 kali? Anda tak perlu risau lagi, kami rajin. Biar kami yang uruskan.
Team jualan kami di Grankma akan memastikan sistem follow-up perniagaan anda berjalan lancar tanpa tertinggal walau satu prospek pun. Kami akan follow-up setiap email yang tidak berbalas atau tidak dibuka dengan cara yang beretika dan sangat mesra pengguna tanpa menimbulkan rasa tidak selesa daripada pelanggan anda.
Biar testimoni pelanggan kami yang menjelaskan
Azren Arief
Volks Maniac GarageBandar Sunway
Dr Sabariah Said
Berkat ClinicsKuala Lumpur & Ampang
Pakej & Harga
Optimisasi Jualan
Lite
For individuals and small teams-
2 lead capturing forms
-
On-page SEO adjustment
-
3 Levels sales funnel
-
3 weeks follow-up
-
1 monthly email ad
-
Basic monthly report
-
-
-
-
Pro
For growing businesses-
Grankma Kiosk*
-
6 lead capturing forms
-
On-page SEO adjustment
-
Off-page SEO campaign
-
1 News & blog outreach
-
4 Levels sales funnel
-
5 weeks follow-up
-
2 bi-weekly email ads
-
Advanced monthly report
-
Enterprise
For advanced companies-
Grankma Kiosk*
-
12 lead capturing forms
-
On-page SEO adjustment
-
Heavy Off-page SEO
-
2 News & blog outreach
-
5 Levels sales funnel
-
7 weeks follow-up
-
52 weeks email campaign
-
RM3,000 ad included
-
Custom monthly report
FAQ
- Mengapa servis ini perlu dilanggan secara bulanan?
Proses optimisasi jualan memerlukan masa yang agak panjang untuk menghasilkan trafik organik yang berterusan.
Trafik organik ini adalah golongan prospek yang betul-betul berminat dan sedang mencari servis atau produk seperti anda sahaja, tidak seperti target audiens pengiklanan di Facebook dan sebagainya.
Dengan kata mudah, kami tidak mencari orang untuk dijadikan pelanggan. Kami menjadikan perniagaan anda mudah dijumpai dan menjadi pilihan utama prospek yang sudah sedia membeli dalam pasaran.
- Maklumat apa yang akan terkandung dalam laporan prestasi bulanan?
Kami akan menyediakan data-data yang lengkap termasuk maklumat kata kunci enjin carian, kedudukan laman web klien pada setiap hasil carian utama di Google, jumlah pelawat harian, jumlah prospek dan kadar pelanggan,
Setiap data yang dikumpul akan dibentangkan dalam bentuk visual yang mudah untuk difahami.
Format yang disediakan adalah PDF, Excel dan Powerpoint untuk memudahkan perkongsian maklumat di dalam perniagaan klien kami. Klik di sini untuk melihat contoh laporan bulanan kami.
- Apa itu SEO?
SEO atau Search Engine Optimization merujuk kepada kerja-kerja penambahbaikan isi kandungan laman web bagi memenuhi keperluan AI enjin carian seperti Google.
Kandungan laman web yang dioptimisasi secara teliti akan meletakkan sesebuah laman web itu di tempat teratas dalam hasil carian Google. Laman web yang muncul di tempat pertama hasil carian akan mendapat sekitar % daripada jumlah keseluruhan trafik carian.
Khidmat optimisasi kami juga mengikut garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh pengendali servis enjin carian seperi Google, Bing dan Yahoo.
- Apa perbezaan on-page SEO dan off-page SEO?
On-page SEO merujuk kepada semua proses optimisasi yang dijalankan pada kandungan laman web klien.
Off-page SEO pula merujuk pada kerja-kerja optimisasi yang dijalankan di luar laman web klien, seperti penghasilan artikel editorial di laman web majalah pengguna, majalah industri berkaitan dan kempen media sosial yang akan membantu meningkatkan imej perniagaan klien kami.
- Apa itu lead capturing form?
Lead capturing form adalah borang digital yang digunakan untuk mengumpul maklumat prospek. Borang-borang ini akan dipasang pada halaman yang berpotensi tinggi untuk dijumpai oleh prospek anda.
Borang-borang ini tidak sama seperti contact form dan mempunyai fungsi yang sangat berbeza.
- Bagaimana data prospek dan pelanggan direkod?
Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk merekod setiap butiran prospek dan pelanggan yang dikumpul oleh lead capturing form.
Cara-cara ini berbeza mengikut size perniagaan dan keperluan untuk menjalankan perniagaan tersebut.
Kebiasaannya, data prospek dan data pelanggan akan direkod di dalam persisian CRM (Customer Relationship Management) dan perisian pemasaran email/SMS.
- Bagaimana setiap prospek dan pelanggan di-track?
Sebahagian dari servis yang kami tawarkan termasuk pemasangan tracking pixel di setiap halaman laman web utama klien dan landing page pengiklanan.
Setiap isi kandungan email pemasaran dan follow-up kami juga akan dipasang tracking pixel untuk menyukat kadar open rate dan click rate setiap kempen.
- Apa itu retargeting atau remarketing ad?
Retargeting atau remarketing ads merujuk kepada teknik pengiklanan yang menyasarkan iklan pada orang-orang yang dah pernah buka laman web anda atau pernah membeli daripada anda sebelum ini.
Menurut Harvard Business Review, kos pengiklanan yang disasarkan pada pelanggan lama adalah 5 kali lebih murah berbanding kos pengiklanan untuk mencari pelanggan baru. Ini adalah cara termudah untuk gandakan ROI pengiklanan anda.
- Apa itu sales funnel?
Sales funnel itu adalah sebuah sistem jualan berperingkat yang akan dilalui setiap prsopek anda bermula daripada mengisi borang lead capturing form sehinggalah saat mereka membeli daripada anda buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Setiap sales funnel berbeza-beza mengikut jenis perniagaan, jenis produk atau servis dan tahap harga produk.
Proses optimisasi sales funnel juga memerlukan masa yang panjang dan koleksi data yang banyak bagi membolehkan sistem kami membuat keputusan yang betul.
- Apa beza peringkat-peringkat sales funnel tersebut?
Kami menawarkan sales funnel yang berbeza untuk setiap pakej kami.
Sales funnel Pakej Lite mempunyai 3 peringkat iaitu pendaftaran prospek, perkongsian ilmu percuma pada prospek, dan akhirnya jualan.
Pakej Pro mempunyai 4 peringkat, sama seperti 3 peringkat tadi cuma mempunyai tambahan upsell selepas jualan. Tambahan peringkat ini mempu menghasilkan 26% lebih jualan berbanding sales funnel biasa.
Pakej Enterprise pula mempunyai 5 peringkat dengan tambahan downsell sekiranya proses upsell tadi gagal. Sales funnel di dalam pakej ini juga berbentuk continous loop di mana proses ini akan berulang untuk menghasilkan jualan yang berterusan sepanjang sales funnel anda dibawah jagaan kami.
- Apa itu Grankma Kiosk?
Grankma Kiosk merupakan produk fizikal terbaru kami, sebuah sistem kiosk iPad yang boleh diletakkan atas kaunter untuk memudahkan anda mendaftar masuk pelanggan.
Memandangkan sistem ini direka untuk tablet seperti iPad, ianya juga boleh dibawa kemana-mana bagi memudahkan anda close jualan!
Sebagai contoh, sekiranya anda pengusaha servis laminated flooring, kami akan sediakan sebuah sistem custom untuk membantu anda membuat kiraan kos pemasangan lantai secara live depan prospek anda tanpa mengeluarkan kalkulator!
Yang lebih menarik, prospek anda akan mendapat hasil kiraan tersebut melalui email, dan butiran mereka akan direkodkan terus untuk melalui sales funnel. Tak ada masalah lagi untuk follow-up!
- Apa itu live chat bot dan bagaimana live chat bot berfungsi?
Live Chat Bot adalah sistem chat khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam sehari dengan bantuan AI (Artificial Intelligence).
Sistem live chat bot seperti ini mempu mengurangkan kos gaji agen sebanyak 83% setahun kerana ianya tidak memerlukan bantuan manusia untuk beroperasi 24 jam sehari, tanpa rehat dan tidur.
Anda mempunyai 10 kali ganda lebih risiko untuk kehilangan prospek sekiranya anda tidak menjawab soalan dalam masa kurang 5 minit. Dengan live chat bot kami, setiap soalan pelanggan akan dijawab dalam masa kurang 2 saat!
Tak percaya? Cuba klik sini untuk bersembang dengan chat bot kami.
Masih belum pasti pakej mana yang sesuai?
Telefon atau Whatsapp kami untuk khidmat nasihat percuma.